MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2018 IPGM KPM

Tahniah kepada penerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2018 IPGM KPM yang telah berlangsung di Dewan Sri Intan IPG Kampus Pendidikan Teknik pada 28 September 2018. Anugerah telah disampaikan oleh YBrs Dr Rusmini, Timbalan Rektor IPGM mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

KLMIPGM menyaksikan tiga wakil menerima anugerah. Mereka ialah saudara Theo Dorus Clerence Tessensohn, pelajar IPGK Bahasa Antarabangsa yang menerima Anugerah Akela Pengakap KLMIPGM, Tuan Amir Hamzah bin Aman, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dari IPGK Ilmu Khas menerima Anugerah Kepimpinan Kokurikulum dan YBrs Dr Mohd Hussin bin Yusof, Pengarah IPGK Pendidikan Islam merangkap Pengerusi KLMIPGM Zon Tengah menerima Anugerah Pencapaian Antarabangsa.