KARNIVAL KEPEMIMPINAN PENGAKAP ABAD KE-21

Pada tanggal 18 hingga 20 September 2018, Karnival Kepemimpinan 4K Pengakap Abad Ke-21 telah berlangsung dengan jayanya. Karnival yang julung kalinya dianjurkan oleh PPM KLMIPGM mengenengahkan lima aktiviti utama. Antaranya ialah Kolokium, Forum Belia, Program Alam Sekitar, Messanger Of Peace (MOP) dan Komunikasi Radio Amatur. Dua aktiviti dijalankan dalam bentuk pertandingan iaitu Pertandingan Kesenian & Kebudayaan dan Pertandingan Inovasi. Kesemua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada kemahiran 4K iaitu kemahiran asas, kepegawaian, kejurulatihan dan kepengelolaan.

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa telah menjadi lokasi pertama kanival ini dilangsungkan. Seramai 110 orang pengakap daripada 10 IPG Kampus dan 38 orang Pensyarah yang terdiri daripada Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah telah hadir menjayakan karnival pada kali ini.

Karnival telah dirasmikan oleh En. Dahlan bin Abdul Kadir, Ketua Penolong Pengarah Ekstra Kurikulum, Sektor Hal Ehwal Pelajar IPGM. Turut hadir ialah Tuan Zainal Ariff bin Mat, Ketua Pesuruhjaya Negeri KLMIPGM. Dr. Ali bin Seman, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Program) berperanan sebagai Pengarah Program Karnival kali yang pertama ini.