MESYUARAT AGUNG PPM KLM BILANGAN 08 2019

Mesyuarat Agung Persekutuan pengakap Malaysia Kumpulan Latihan Malaysia Bilangan 08 2019 telah berlangsung pada 2 April 2019, bertempat di IPG Kampus Tuanku Bainun. En. Mohd Saat bin Abas, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun merangkap Pengerusi Pengakap KLM 36 telah merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Terdapat pelantikan baharu untuk beberapa jawatan. Terdapat penyelarasan atau penamaan semula nama jawatankuasa bagi Ahli Majlis Tadbir. Turut diputuskan dalam mesyuarat agung kali ini ialah penggunaan nama dan logo rasmi iaitu Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Latihan Malaysia atau PPM KLM.