MPKLM IPG
MENU
ORGANISASI
Pengurusan Tertinggi
Pen. Ket. Pesuruhjaya Negeri
Pen. Pesuruhjaya Daerah
Majlis Pes. Daerah
PELAPORAN
Tahun 2013
Tahun 2012
PAUTAN
Untitled Document

MAKSUD LAMBANG PENGAKAP

PECAHAN TIGA KELOPAK

Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga itu:

1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
2. Menolong orang pada setiap masa;
3. Menurut undang-undang pengakap.

 

WARNA KUNING, HIJAU DAN MERAH

Melambangkan unit-unit Pengakap:

Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak;
Hijau bagi Unit Pengakap Muda;
MerahbagiUnit PengakapRemaja.

DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA BERWARNA HIJAU PADA KELOPAK KIRI DAN KELOPAK KANAN

Melambangkan Undang-Undang Pengakap.

IKATAN HIJAU

Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.

LINGKARAN TALI BERWARNA KUNING

Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia.

ANAK BULAN DAN BINTANG

Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam.

WARNA KUNING PADA ANAK BULAN DAN BINTANG

Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

BINTANG PECAH 14 (WARNA KUNING)

 

Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia.

Untitled Document
  DAFTAR MASUK
  Logo
  Persetiaan dan Undang-Undang
  Lagu Pengakap
  PPM Negeri
 
 
HEBAHAN