MPKLM IPG
MENU
ORGANISASI
Pengurusan Tertinggi
Pen. Ket. Pesuruhjaya Negeri
Pen. Pesuruhjaya Daerah
Majlis Pes. Daerah
PELAPORAN
Tahun 2013
Tahun 2012
PAUTAN
Untitled Document
PERKAMPUNGAN PENGAKAP -  FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013
TARIKH : 23 HINGGA 26 MEI 2013 TEMPAT: PRECINT 2, PUTRAJAYA

TAHNIAH MPKLMIPGM kerana telah merangkul kejuaraan dalam Pertandingan Pintu Gerbang pada Perkampungan Pengakap sempena Festival Belia Putrajaya 2013. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Paduka Dr. Aziz Jamaludin bin Mohd. Tahir pada malam Majlis Penutupan Rasmi Perkampungan Pengakap 2013 pada 25hb Mei 2013. Hadiah telah diterima oleh En. Mohd.Radzi bin Johari, Ketua Pesuruhjaya Negeri Pengakap MPKLM IPGM dengan wang tunai sebanyak RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja), sijil dan sebuah computer netbook. Dengan daya usaha yang bersifat jati diri, daya juang, komitmen dan esperit de-corp antara Ahli MajlisTertinggi MPKLMIPGM telah berjaya menjadi JOHAN buat kali pertama dalam pertandingan tersebut. SYABAS dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat khasnya kepada Tn. Haji Abd. Rahim bin Abdullah, Pesuruhjaya Zon Utara yang menjadi perancang utama dan akitek dalam pembinaan pintu gerbang tersebut.

Di samping itu juga, pelatih MPKLM dari Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah memenangi tempat ketiga dalam aktiviti INOVASI. Mereka telah membawa pulang wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus sahaja) dan sijil bagi hadiah tersebut. Ucapan TAHNIAH juga kepada para pelajar yang terlibat. Ahli Majlis Tertinggi yang turut serta dalam Perkampungan Pengakap sempena Festival Belia 2013 ialah Pengerusi MPKLM IPGM, Ketua P/Jaya Negeri MPKLM IPGM, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha 1, PKPPNg Unit Program, PKPPNg Unit Anugerah Pingat & Bintang, PKPPNg Zon Utara, PKPPNg Zon Sarawak, PKPPNg Zon Sabah dan Pesuruhjaya Daerah IPG Kampus Batu Lintang. 

Barisan Belakang :Pelajar IPGKTAA yang terlibatdalampertandingan  INOVASI
Barisan Depan Dari Kiri: Setiausaha Kehormat MPKLM IPGM, PKPPNg Zon Sarawak, PKPPNg Unit Anugerah Pingat & Bintang, Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM IPGM, Ketua Pesuruhjaya Latihan PPM, Pegawa iKerja Eksekutif PPM, PKPPNg Zon Utara, PKPPNg Unit Pengurusan Risiko dan Pen. Setiausaha 1 MPKLM IPGM Kementerian Pendidikan.

Kejayaan MPKLM IPGM wajar menjadi pendorong dan semangat kepada semua ahli pengakap IPGM agar dapat merangkul pelbagai kejayaan di mana-mana Jambori atau perkampungan pengakap di masa akan datang. Pengerusi MPKLMIPGM, Ybhg Dr. Noraiti binti A. Rashid menyeru agar semua AMT dan ahli-ahli pengakap IPG dapat membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jati diri sejajar dengan Transformasi Pendidikan masa kini. Semoga kejayaan tahun ini akan dapat dikekalkan pada perhimpunan tahun 2014.

SEKALI BERPENGAKAP AKAN TERUS BERPENGAKAP"
"ONCE A SCOUT ALWAYS BE A SCOUTS"

 

Disediakan oleh                                    
Zulkafli bin Arifin
Pen. Setiausaha 1 MPKLMIPGM
Kementerian Pendidikan  Malaysia
Tahun 2013

 

Untitled Document
  DAFTAR MASUK
  Logo
  Persetiaan dan Undang-Undang
  Lagu Pengakap
  PPM Negeri
 
 
HEBAHAN