Kursus Manikayu Peringkat 1 PPMKLM Zon Utara

3-5 November 2023, telah berlangsung kursus Manikayu Peringkat 1 PPMKLM Zon Utara di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Perlis. Seramai 70 orang ahli pengakap daripada IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Darulaman, IPG Kampus Tuanku Bainun dan IPG Kampus Pulau Pinang telah hadir menyertai kursus ini. Puan Rodziah binti Nyan, Pesuruhjaya Zon Utara selaku pengarah kursus dibantu oleh 21 orang jurulatih telah menjayakan kursus selama tiga hari dua malam.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Fadzil bin Mohd. Salleh, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perlis.