Mesyuarat dan Majlis Raya Zon Utara

12 Mei 2023 – PPMKLM Zon Utara melangsungkan mesyuarat Bil.3 Tahun 2023 di IPG Kampus Perlis. Seramai 13 orang Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah telah hadir menjayakan mesyuarat tersebut. Puan Rodziah binti Nayan, Pesuruhjaya Pengakap Zon Utara telah mempengerusikan mesyuarat. Lebih menarik, Y. Brs En Amran bin Mahadi, Pengarah merangkap Pengerusi PPMKLM Zon Utara yang baharu telah sudi hadir menyampaikan ucapan pembukaan mesyuarat. Lebih menggembirakan semua yang hadir, En Amran juga merupakan seorang Pengakap yang memiliki Manikayu Dua Butir. Semoga PPMKLM Zon Utara terus maju.

Semua ahli mesyuarat kemudiannya menyertai sambutan Aidilfitri yang dikelolakan oleh IPG Kampus Perlis.