MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENGENALAN MOP PPM KLMIPG

Kursus Pengenalan MoP telah dirasmikan majlis penutupannya oleh YBhg Dr Yazid bin Abdul Manap, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada kesemua 25 orang peserta. Turut diraikan ialah dua orang jurulatih yang telah berjaya mencapai lebih 100 jam servis MoP. Kedua-dua mereka ialah Tn. Hj. Yusuf bin Osman, Penolong Ketua Pesuruhjaya PPM KLMIPG Unit Pengakap Muda dan Tn. Hj. Sarudin bin Md. Amin, Penolong Ketua Pesurujaya PPM KLMIPG, Unit Anugerah Bintang dan Pingat. Mereka telah menerima sijil dan skaf MoP berwarna ungu yang telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Hj. Zainal bin Ariff, Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPM KLMIPG.