MAJLIS PENTAULIAHAN DAN LAFAZ IKRAR JAWATAN KPPN PPM KLMIPG

PADA 3 Mac 2018, Tuan Hj. Zainal bin Arif telah menghadiri Majlis Pentauliahan dan Lafaz Ikrar Jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (PPM KLMIPG) di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr Haji Shafie Haji Salleh, Ketua Pengakap Negara.