APR WORKSHOP ON STRATEGIC PARTNERSHIP

Program ini dijalnkan pada 10 hingga 14 Oktober 2017 di National Scout Training Centre, Mouchak, Gazipur, Bangladesh. Sebanyak tujuh buah negara telah menyertai bengkel berkenaan. Malaysia telah diwakili oleh Setiausaha Kehormat MPKLMIPG, Pn. Siti Khadzimah binti Sallip dan seorang pengakap dari KLM 12 IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nadia Liyana binti Ahmad Fauzi.

Antara pengisian bengkel berkenaan ialah:

  1. Perbincangan tentang Amalan Terbaik Perkongsian Strategik di negara masing-masing.
  2. Persembahan Video Kolaborasi Strategik yang telah dilaksanakan di negara masing-masing.
  3. Lawatan ke tapak projek kerjasama negara Cina, Korea, Jepun dan Bangladesh – di kendalikan sepenuhnya oleh pengakap ke empat-empat negara:
    • Pembangunan Sekolah
    • Pengurusan Sisa Kumbahan
    • Pembinaan Telaga Tiub
    • Pendidikan Kesihatan dan Seks