MESYUARAT AMT KLMIPG

Mesyuarat Ahli Majlis Tadbir PPM KLMIPG telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr. Nagalingam Karuppiah telah menyempurnakan majlis perasmian. Beliau mengalu-alukan semua AMT yang telah hadir menjayakan mesyuarat dan mengucapkan selamat berpuasa. Beliau amat menyokong aktiviti kepengakapan kerana ia memberikan nilai tambah kepada pelajar terutama yang berunsurkan ilmiah seperti kolokium, forum belia dan inovasi.

Turut hadir ialah En. Dahlan bin Abdul Kadir, Ketua Penolong Pengarah Ekstra Kurikulum, IPGM. Beliau telah memberikan taklimat tentang pelaksnaan program dan menggalakkan aktiviti yang berkaitan dengan kepegawaian, kemahiran, kepengadilan dan kepengolalaan (4K).

Antara aktiviti yang dibincangkan ialah pelaksanaan Karnival 4k PPM KLMIPG pada 25 hingga 27 September 2018. Selain itu turut dibincangkan ialah program Jota Joti, Khas di Sabah, Jasa Dituai Budi Dikenang dan Apresiasi KLMIPG.