PROGRAM APRESIASI KEPEMIMPINAN MPKLMIPG 2017

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLMIPG) telah mengadakan Program Apresiasi Kepemimpinan MPKLM 2017 pada 16 dan 17 Disember 2017 bertempat di IPG Kampus Ipoh. Program dua hari ini telah menghimpunkan seramai empat puluh tiga orang AMT, Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah dan mantan ahli MPKLMIPG. Turut menyerikan program ialah kehadiran mantan Timbalan Yang Dipertua MPKLMIPG, Dr. Noryati A. Rashid dan dua orang mantan Pesuruhjaya Negeri MPKLMIPG iaitu Tn. Hj. Radzi dan Tn. Hj. Ahmad Kamar. Tidak ketinggalan ialah mantan Setiausaha Kehormat MPKLMIPG, Tn. Hj. Wan Kamarudin dan mantan AMT MPKLMIPG, En. Baharudin.

Antara pengisian program ialah mesyuarat MPKLMIPG, Pertandingan Bowling, Malam Apresiasi dan Taklimat MOP/SWA oleh Tuan Amir Hamzah bin Aman, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara (Koordinator MoP Malaysia).