PERKHEMAHAN SKIM LATIHAN PENGAKAP MUDA LAUT DAN JOTA JOTI ANTARABANGSA

Perkhemahan anjuran bersama KLM28 IPG Kampus Sarawak Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri dan PPM Cawangan Sarawak, Daerah Miri telah diadakan pada 19 hingga 22 Oktober 2017 bertempat di Kem PULAKO IPG Kampus Sarawak.

Seramai 48 orang pengakap dari sekolah menengah daerah Miri dan Bintulu telah menyertai perkhemahan tersebut. Mereka telah mengikuti aktiviti berkaitan dengan Skim Lencana Usaha dan Lencana Ahli Bot bagi pengakap laut.

Turut dianjurkan ialah Jota-Joti Antarabangsa 2017. Seramai 280 orang peserta dari sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Miri dan Bintulu telah mengikuti aktiviti berkaitan dengan penggunaan alat komunikasi yang disediakan.