
Pattani, 5 Oktober 2025 – Program Kembara Muhibbah Pengakap Negeri Terengganu 2.0 telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 Oktober 2025. Program kembara ini meliputi lawatan kunjung hormat ke beberapa kawasan di selatan Thailand termasuk Hatyai, Pattani dan Songkhla dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara Pengakap Negeri Terengganu dan pihak berautoriti di wilayah tersebut. Program ini telah disertai oleh 2 orang pengakap KLM30 sebagai peserta kembara.
Program kembara pada kali ini turut disertai oleh Ybhg Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Encik Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu sebagai penerima Anugerah Lencana Kehormat Pengendali Bawah Air Bahagian Marin, Poilis Diraja Thailand di dalam majlis kunjung hormat bersama TYT Gabenor Wilayah Pattani. Selain itu, turut berlaku penyampaian Anugerah Sayap Kerhormat Penerjunan Tentera Diraja Thailand kepada para VIP yang lain.
Program kembara ini diteruskan lagi dengan aktiviti mencabar di High Jump Tower yang bertempat di Territorial Defense Student Training Center of 42nd Military Circle, Songkla, Thailand. Para peserta diberikan peluang melakukan penerjunan asas dan terlatih di kem tersebut. Aktiviti ini diakhiri dengan penyampaikan sijil penyertaan dan sayap penerjunan yang disampaikan oleh Kolonel Natworaitch Srichantong, Kolonel di kem tersebut.
Antara fokus utama program ini adalah memperkukuh hubungan serantau melalui lawatan hormat ke TYT Wilayah Pattani dan Songkhla, sekali gus mengeratkan persahabatan dan semangat Brotherhood of Scouting antara Malaysia dan Thailand.



