
Rabu – 1 Oktober 2025, seramai 9 org ahli pengakap KLM36 – IPG Kampus Tuanku Bainun telah bertugas sebagai fasilitator dalam Program Unit Beruniform di SK Seri Penanti, Pulau Pinang.
Program ini melibatkan 44 orang murid yang terdiri daripada Tahun 4 hingga 6 unit uniform pengakap di sekolah tersebut. Aktiviti yang dijalankan ialah demo dan praktikal berkaitan kemahiran asas bina, buka dan simpan khemah.
Semoga program ini memberi manfaat kepada ahli pengakap sekolah dan menambah pengalaman kepada pengakap ahli KLM36 yang terlibat.