Penyertaan Ahli KLM36 IPG Kampus Tuanku Bainun Sebagai Fasilitator Perkhemahan Unit Beruniform

Rabu – Khamis (8-9 Oktober 2025), seramai tujuh org ahli pengakap KLM36 – IPG Kampus Tuanku Bainun telah bertugas sebagai fasilitator dalam Perkhemahan Generasi Madani Pasukan Badan Beruniform di Taman Negeri Bukit Panchor, Nibong Tebal.

Program ini melibatkan 75 orang murid sekolah rendah yang mewakili pelbagai unit uniform. Penyertaan terdiri daripada enam buah sekolah iaitu gabungan daripada tiga negeri (Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Penganjur program ini ialah SK Ayer Puteh, Serdang, Kedah. Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan kemahiran guru-guru pelatih IPGK Tuanku Bainun dalam bidang kepengakapan.