
Mersing, 17 September 2025 – Program Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) kali ke-27 telah berlangsung di Pantai Tanjung Leman, Mersing Johor. Program ini telah bermula pada 12-17 September 2025 dan disertai oleh 51 orang pengakap KLM yang telah bertugas sebagai urusetia. Para petugas KLM ini terdiri daripada 34 orang KLM35, 14 orang KLM17, 2 orang KLM30 dan seorang KLM21.
Program tahunan ini telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 di dalam sesi Pengakap Temu Anwar pada hari pertama PAPJ kali ke-27. Majlis perasmian program ini dihadiri oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia; Dato’ Onn Hafiz Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zin Bidin, Ketua Pengakap Negara.
Antara fokus utama program ini adalah sebagai wadah perpaduan dalam mengeratkan hubungan antara ahli-ahli pengakap dari pelbagai daerah dan negara sesuai dengan tema rasmi program, “Perpaduan dan Kelestarian dengan Kepengakapan”. Selain itu, program ini bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental peserta melalui aktiviti lasak, aktiviti perkhemahan dan penerapan kemahiran-kemahiran kepengakapan yang lain.



