
Subang Jaya, 27–30 Mei 2025 – Muhammad Syukri bin Yahya, wakil dari PPM KLM IPG, telah menyertai Bengkel APR: From Policy to Practice – Strengthening Safe from Harm (SFH) Procedures and Reporting Mechanisms yang menghimpunkan 32 peserta dari enam Organisasi Pengakap Kebangsaan di Hotel Dorsett, Subang Jaya. Bengkel anjuran Wilayah Asia-Pasifik ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan dasar dan amalan perlindungan SFH serta meningkatkan mekanisme pelaporan dalam komuniti pengakap, mencerminkan komitmen PPM KLM dalam mewujudkan persekitaran pengakap yang lebih selamat, bertanggungjawab dan inklusif.



