Perkhemahan Tri-State Border Scout Camp

Pada 20-23 November 2025 (Khamis-Ahad), Perkhemahan Tri-State Border Scout Camp Tahun 2025 telah berlangsung di SK Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah.

Program ini menghimpunkan peserta-peserta pengakap dari tiga buah daerah iaitu PPM Daerah Bandar Baharu (Kedah), PPM Daerah Nibong Tebal (Pulau Pinang) dan PPM Daerah Kerian (Perak).

Seramai 13 orang ahli Pengakap KLM36 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah bertugas sebagai fasilitator aktiviti yang terdiri daripada 4 orang pelajar Tahun 1, 7 orang pelajar Tahun 2 dan 2 orang pelajar Tahun 4.