
Selasa – Rabu (9-10 September 2025), seramai 30 org ahli pengakap KLM36 – IPG Kampus Tuanku Bainun telah bertugas sebagai fasilitator dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di SK Seri Lindungan Raja, Sedim, Kedah. Program ini melibatkan 220 orang murid sekolah rendah yang mewakili pelbagai unit uniform. Penyertaan terdiri daripada 16 buah sekolah iaitu gabungan daripada lima daerah di negeri Kedah. Penganjur program ini ialah SK Seri Lindungan Raja, Sedim.
Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan kemahiran guru-guru pelatih IPGK Tuanku Bainun dalam bidang kepengakapan.


