Penyertaan Sukarelawan KLM Sebagai Petugas Dalam Program Pahang International Scout Scarf Festival 2025

Kuantan, 16 Ogos 2025 – Program Pahang International Scout Scarf Festival telah berlangsung di Stadium Tertutup Pahang (SUKPA), Kuantan Pahang. Program ini disertai oleh pengakap KLM yang telah bertugas sebagai urusetia program bermula 14 sehingga 16 Ogos 2025. Para petugas KLM ini terdiri daripada 19 orang KLM30, 2 orang KLM17 dan seorang KLM21. Program antarabangsa ini mendapat sambutan seramai 22,825 penyertaan dari 12 buah negara, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, India, Vietnam, Pakistan, Arab Saudi dan Afrika Selatan.
Program ini mendapat perkenan dari Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kemudian diangkat menjadi ikon Kelana Negeri Pahang di dalam majlis tersebut. Turut hadir YAB Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai perasmi utama dan menandatangani Sijil MBOR dalam majlis perasmian itu.
Antara fokus utama program ini adalah sebagai wadah penting dalam mempersatukan belia, mengukuhkan jaringan antarabangsa dan merangsang kerjasama dalam generasi muda. Penyertaan daripada 11 buah negara menjadi bukti perana pengakap sebagai agen perpaduan global yang menjangkau budaya, agama dan sempadan negara. Selain itu, festival ini dilihat memperkasakan belia melalui pelbagai aktiviti seperti STEM, TVET, sukan tradisional dan warisan budaya setempat.