Penyertaan KLM35 Dalam Program Perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan & Kepandaian Pengakap Muda dan Pengakap Raja Daerah Jasin Tahun 2025

Jasin, 10 Ogos 2025 – Program Perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan & Kepandaian Pengakap Muda dan Pengakap Raja 2025 telah berlangsung di Jasin, Melaka. Program yang berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos ini telah disertai oleh 4 pengakap KLM, terdiri daripada 3 orang KLM07 dan 1 orang KLM35.

Program perkhemahan ini diserikan dengan kehadiran Tuan Noor Azmi Bin Ujang, Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka yang merupakan perasmi utama dalam majlis penutup perkhemahan tersebut.

Program selama 4 hari ini bertujuan untuk menguji tahap kemahiran dan pengetahuan setiap pengakap dalam pelbagai aspek berkaitan Lencana Kemajuan dan Lencana Kepandaian. Melalui pelbagai ujian praktikal dan teori yang disediakan, pengakap dapat menilai sejauh mana pencapaian mereka dalam bidang kepengakapan.