Penyertaan Pengakap KLM Kursus Asas Kejurulatihan Paragliding Tahap 1 2025

Banting, 4 Ogos 2025 – Kursus Asas Kejurulatihan Paragliding Tahap 1 telah berlangsung di Terbang House, Morib dan Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor. Kursus yang bermula pada 1 hingga 4 Ogos 2025 ini disertai oleh tiga orang pengakap KLM, (2-KLM30 dan 1-KLM21). Kursus selama 4 hari ini merupakan anjuran Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) dengan sokongan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT).

Kursus ini telah disempurnakan oleh Kapten (B) Mohd Ikhwan Azillah dan Puan Orkid Jamilah Awang yang merupakan jurulatih utama bagi kursus ini.

Antara tujuan kursus ini adalah untuk membantu membentuk jati diri pengakap yang lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran, selaras dengan semangat pengakap yang sentiasa bersedia. Penyertaan dalam kursus ini juga membuka peluang untuk penglibatan dalam program peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus melahirkan pelapis jurulatih yang bertauliah dan berintegriti.