Penyertaan Sukarelawan KLM30 Dalam Program Petaling Jaya (PJ) International Outdoor Expo Malaysia 2025

Petaling Jaya, 28 Julai 2025 – Program PJ International Outdoor Expo Malaysia 2025 telah berlangsung selama 4 hari di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Petaling Jaya. Program yang bermula pada 25 hingga 27 Julai 2025 ini telah disertai oleh seorang Pengakap KLM30 yang telah bertugas sebagai pengendali gerai pameran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di program tersebut.

Program ini telah menerima kunjungan rasmi daripada beberapa VIP termasuk YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Zahri Bin Samingon, Datuk Bandar MBPJ, YB Dr Fahmi Ngah, Exco Agama Negeri Selangor, dan YB Najwan Halimi, Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor. Kehadiran para VIP ini memeriahkan suasana expo kerana mereka turut melawat gerai-gerai pameran para vendor serta beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Antara tujuan penyertaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli Pengakap dalam bidang komunikasi, pengurusan aktiviti dan pengendalian maklumat berkaitan kepengakapan. Di samping itu, pameran yang diadakan membantu mempromosikan imej positif kepengakapan sebagai satu gerakan belia yang aktif, berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa masyarakat.