Majlis Pengalungan Manikayu 2 Butir Unit Pengakap Kanak-kanak

Tahniah kepada 104 orang penolong pemimpin pengakap KLM 21 yang telah dikalungkan 2 Butir Manikayu Unit Pengakap Kanak-kanak pada 22 Nov 2025 di Dewan Munsyi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH). Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Huzaiman Muain, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis dan dimeriahkan oleh barisan DC dan ADC PPM Kuala Muda serta penerima Anugerah Rambu Daerah Kuala Muda.