
Kuala Lipis, 19 Oktober 2025 – Program Jamboree On The Air – Jamboree On The Internet (JOTA JOTI) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Program yang bermula pada 17 hingga 19 Oktober 2025 ini telah disertai oleh 25 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) dari seluruh negara. Program ini telah mendapat penyertaan seramai 30 orang pegawai pengakap yang terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah (PJD), Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPJD) serta 91 orang pengakap penolong pemimpin dari setiap daerah KLM.
Program ini diserikan dengan kehadiran Tuan Shukri bin Mat Yaacob, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Tuan Marni bin Golong, Timbalan Ketua Pesuruhjaya I Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dalam Majlis Pembukaan JOTA JOTI Peringkat Kebangsaan ini. Turut hadir Ir. Haji Mohd Aris bin Bernawi, Presiden Malaysia Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS), sebagai penceramah jemputan bagi Bengkel Pengendalian & Prapelesenan Radio Amatur Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia dalam program tersebut. Antara tujuan program tahunan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli pengakap KLM terhadap penggunaan teknologi komunikasi seperti radio dan internet secara beretika dan selamat. Sesuai dengan slogan “Connecting Scouts Around the World”, program ini membuka peluang kepada semua ahli pengakap untuk berinteraksi bersama rakan pengakap dari seluruh dunia melalui radio amatur dan internet





