Penyertaan Ahli KLM36 Sebagai Fasilitator Karnival Unit Beruniform

Rabu -16 Julai 2025, lapan org ahli Pengakap KLM36-IPG Kampus Tuanku Bainun telah bertugas sebagai fasilitator dalam program Karnival Unit Beruniform di SMK Taman Selasih, Kulim. Program ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang mewakili lapan unit beruniform di sekolah tersebut. Antara aktiviti ialah pertandingan membina papan ikatan dan gajet perkhemahan.