
12 Julai 2025 (Sabtu), Majlis kunjungan hormat Persekutuan Pengakap Malaysia KLM 36-IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah berlangsung dengan jayanya di Cafe KPTMI. Seramai 40 orang peserta telah menyertai kunjungan ini yang diketuai oleh Encik Khairuddin bin Saidin, Penolong Pesuruhjaya Daerah PPM KLM 36 merangkap Bendahari Kehormat PPM KLM IPGMKPM. Dalam kunjungan ini, para peserta berpeluang melawat Galeri Pengakap Terengganu dan mendengar taklimat berkaitan Pengakap Negeri Terengganu yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zamri bin Abdul Rashid selaku Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Komunikasi Korporat & Perhubungan Strategik).
