Tahniah dan Syabas

Tahniah kepada 16 orang pengakap KLM 21, 10 orang KLM05 dan seorang dari KLM20  yang telah berjaya dikalungkan 2 butir manikayu Unit Pengakap Kanak-kanak pada 31 Mei 2025 di IPG Kampus Perlis.  Istiadat ini disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLM IPG KPM, Tn. Shukri  bin Mat Yaacob.  Semoga dengan pengiktirafan ini akan mendorong mereka untuk lebih aktif berpengakap dan memimpin dengan cemerlang kelak. Pensyarah yang memimpin ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias, Pesuruhjaya Daerah Pengakap KLM 21, En. Abdul Satar Hamzah KLM20 dan En. Abu Zaki Romli KLM05