Penyertaan Pengakap KLM35 Sebagai Pembimbing Dalam Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Penyertaan Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin 2025

Jasin, 15 Jun 2025 – Program Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin 2025 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin, Melaka. Program yang telah berlangsung bermula 13 hingga 15 Jun 2025 ini telah disertai oleh seorang sukarelawan pengakap KLM35 yang telah bertugas sebagai pembimbing dalam menjayakan program tersebut.

Program perkhemahan ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Puan Norizan Binti Ishak Basri dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Encik Yusni Bin Salami sebagai perasmi utama di dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja tersebut.

Antara tujuan program perkhemahan ini diadakan adalah untuk menilai kelayakan, kecekapan dan sahsiah calon-calon Pengakap Raja melalui pelbagai bentuk ujian yang merangkumi aspek teori, amali dan kepimpinan. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama, ketahanan fizikal dan mental serta jati diri sebagai seorang pengakap sejati.