Penyertaan Pengakap KLM Sebagai Sukarelawan Petugas Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2025

Kuala Lumpur, 15 Jun 2025 – Sambutan Hari Belia Negara 2025 telah berlangsung di Dataran Merdeka bermula 13 hingga 15 Jun 2025. Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh 3 orang pengakap KLM yang bertugas sebagai urusetia petugas bagi menjayakan program tersebut. Para petugas KLM ini terdiri daripada 2 orang KLM35 dan 1 orang KLM30.

Sambutan peringkat kebangsaan ini diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2025

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa serta Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pn. Azura binti Abidin serta Presiden Majlis Belia Malaysia, saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid

Antara tujuan sambutan kepada ahli Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk mengiktiraf sumbangan belia dalam pembangunan negara, termasuk ahli Pengakap yang sentiasa terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, kepimpinan dan khidmat masyarakat.

Di samping itu, ia merupakan salah satu usaha memperkukuh semangat patriotisme serta menyemai rasa cinta kepada negara dalam kalangan Pengakap, selaras dengan moto “Sedia Berkhidmat” yang menjadi pegangan setiap ahlinya