
10 Mei 2025-Sabtu
Seramai 10 org guru pelatih ahli Pengakap KLM36 – IPG Kampus Tuanku Bainun telah dijemput untuk memberi perkhidmatan dalam program unit beruniform di SMK Taman Selasih, Kulim.
Aktiviti yang dijalankan oleh ahli KLM36 ialah berkaitan tajuk Asas Ikatan/ Simpulan dan Membina Gajet.
Peserta program terdiri daripada 45 orang guru SMK Taman Selasih daripada pelbagai jenis unit beruniform. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan dan bergerak mengikut stesyen.
Dalam stesyen ikatan/simpulan mereka telah mempelajari lima jenis ikatan/simpulan asas membuat gajet iaitu ikatan manuk, seraya, silang gunting, silang tungku dan lilit kacang.
Hasilnya, pada akhir program, guru-guru terlibat dapat membina gajet meja menggunakan teknik ikatan yang betul seperti yang telah dipelajari.
Tahniah kepada ahli Pengakap KLM36 yang sanggup menempuh cabaran dalam memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada komuniti luar.

