Sukarelawan Pembantu Majlis Pentauliahan dan Pelantikan Pesuruhjaya Peringkat Negeri & Konsultan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) 2025

Kuala Nerus, 20 April 2025 – Majlis Pentauliahan dan Pelantikan Pesuruhjaya Peringkat Negeri & Konsultan (Pakar Rujuk) Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) telah berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Majlis yang berlangsung pada 19 April 2025 ini telah dibantu oleh seorang sukarelawan pengakap dari KLM30 sebagai pembantu majlis.
Majlis tersebut telah berjaya disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Tuan Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut yang menyampaikan tauliah pelantikan kepada 53 orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Daerah dan 11 orang Konsultan (Pakar Rujuk) Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) bagi sesi 2025.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Ybhg Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Bin Haji Taib dan Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Puan Hajah Zah Bin Mohamad, sebagai saksi sesi menandatangani ikrar dan penerimaan jawatan oleh semua penerima tauliah.