Penyertaan Pengakap KLM30 Dalam Program National Scout Youth Leadership Training Course (NYLTC) 2025

Kuala Lumpur, 21 April 2025 – Program National Scout Leadership Training Course (NYTLC) 2025 telah berlangsung selama 4 hari di Ibu Pejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur. Program yang julung kali dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) ini telah berlangsung pada 17 hingga 20 April 2025 dan disertai oleh seorang pelajar yang mewakili pengakap KLM30.
Program kebangsaan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pesuruhjaya Antarabangsa, Ybrs. Norma Noordin sebagai perasmi dalam majlis pembukaan program tersebut. Program ini juga dihadiri oleh Pesuruhjaya Program Negara, Hj. Noor Bin Hashim dan Pesuruhaya Komunikasi Korporat dan Hubungan Strategik (KOMSTAR), Ybrs. En. Mohamad Letfee Bin Ahmad memberikan bimbingan kepada para peserta berdasarkan pengalaman beliau dalam program-program belia.
Antara objektif bagi program yang dijalankan ini adalah sebagai platform latihan bagi melahirkan generasi pemimpin muda yang berkemahiran, bertanggungjawab serta memiliki semangat kepengakapan yang tinggi dalam usaha membentuk barisan pelapis negara yang berkualiti. Selain itu, program ini bertujuan sebagai persediaan bagi ahli pengakap untuk menyertai program-program lain di peringkat antarabangsa.