Bengkel Asas Senamrobik Zapin

Tahniah kepada KLM 21 yang telah menyertai Bengkel Asas Senamrobik Zapin anjuran Zafina Fitness Kedah dan Unit Kokurikulum pada 27 April 2025 di Dewan Munsyi IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Bengkel ini memberi pendedahan asas kepada para peserta berkaitan senamrobik berasaskan lagu-lagu tradisional.  Program kerjasama ini juga menggalakkan para peserta mengamalkan gaya hidup sihat dan ceria.