Kuala Nerus, 15 Ogos 2024 – Kempori Pengakap Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah berlangsung selama 5 hari 4 malam di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Program yang berlangsung pada 12 – 15 Ogos 2024 ini disertai oleh 18 sukarelawan pengakap KLM30 dan 3 orang jurulatih dari IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia sebagai perasmi Kempori Pengakap Madani pada tahun ini. Antara objektif program ini adalah untuk memberikan peluang dan pengalaman kepada ahli pengakap untuk mengembangkan elemen kepimpinan melalui tugas – tugas di dalam kem seperti perancangan, pengurusan dan perlaksanaan aktiviti kepengakapan.