Selangor, 14 Ogos 2024 – Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 telah berjaya dilaksanakan oleh peserta KLM 23 seramai 29 orang yang diadakan di IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kursus kepimpinan Manikayu ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 1013 Ogos 2024. Kursus ini dibantu oleh tiga jurulatih dan juga seorang pelajar yang berpengalaman. Penyelaras kursus ialah Dr Mohammad Bin Seman sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum IPGM Kampus Pendidikan Islam.
Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 diadakan adalah bertujuan untuk melatih penolong pemimpin Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya ada pada seseorang pemimpin pengakap. Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan sejumlah besar bakal pemimpin pengakap yang benar-benar berkualiti ke arah menjadikan IPGMKPI sebagai Puat Kecemerlangan Kepengakapan. Akhir sekali, kursus ini dapat memastikan setiap penolong pemimpin yang berada di IPGMKPI berpeluang untuk memajukan diri sendiri, kumpulan dan unit berdasarkan sistem latihan berpusat, sama ada dalam kalangan bakal pemimpin atau pemimpin pengakap sendiri.
Kesimpulannya, peserta Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang kursus dijalankan. Semoga ilmu yang disampaikan kepada peserta kursus ini dapat dijadikan panduan untuk kini dan selamanya.