12-17 Februari 2024, PPM KLM IPG KPM Zon Utara telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3(I) dan 3 (II) selama enam hari lima malam yang diadakan di Pusat Kokurikulum IPGM Kampus Perlis. Peserta kursus terdiri dari IPGM Zon Utara (IPGM Kampus Pulau Pinang, IPGM Kampus Tuanku Bainun, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, IPGM Kampus Darulaman & IPGM Kampus Perlis) serta IPGM Kampus Dato Razali, Terengganu. Kursus ini diketuai oleh Pengarah Kursus iaitu Pn. Rodziyah binti Nyan (Pesuruhjaya Zon Utara PPM KLM IPG KPM) dan dibantu oleh enam Ketua Kursus. Seramai 250 peserta menghadiri kursus ini dengan dikendalikan oleh Jurulatih PPM KLM Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Timur. Di samping itu kursus ini juga dibantu oleh lima orang dari PPM Perlis, seorang PPM Kedah dan seorang PPM Wilayah Persekutuan serta turut dibantu oleh tiga orang bekas Jurulatih yang telah bersara. Selain itu kursus ini turut dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada pensyarah seramai 12 orang dan dua orang peserta adalah guru iaitu dari Pulau Pinang dan Selangor. Majlis penutupan rasmi kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah IPGM Kampus Perlis iaitu Tuan Amran bin Mahadi.
Galeri Foto